|
Untuk Mengaktifkan Bahasa Arab Dalam Perisian Windows Anda, sila buat seperti mana yang diterangkan di bawah:
- MS
Windows ME atau MS Windows 98
· Pastikan perisian MS Windows
yang anda pasang pada komputer anda adalah versi berbahasa Arab.
· Pergi ke [Control Panel].
· Klik pada ikon
[Regional Settings]. Tetingkap
seperti di bawah akan keluar.

· Di bahagian
“Regional Settings”,
pastikan anda memilih “Arabic”
di bawah pilihan “Language”,
seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar
di atas.
· Kemudian klik
“OK”.
- MS
Windows XP
· Pergi ke
[Control Panel].
· Klik pada ikon
[Regional and Language Options].
Kemudian, pilih bahagian [Languages].
Tetingkap seperti di bawah akan kelihatan.

· Pastikan
pilihan “Install
files for complex script and right-to-left languages (including Thai)”
yang terletak di bawah “Supplemental language support”
ditandakan.
· Kemudian,
pergi ke bahagian [Advanced].
Anda akan dapati, tetingkap seperti di bawah akan dipaparkan.

· Pada bahagian
“Language for non-Unicode programs”,
pastikan anda memilih mana-mana pilihan yang bermula dengan “Arabic”, seperti contoh yang terdapat
pada gambar di atas.
· Kemudian, klik
“OK”.
|