Laman Utama Berita Terkini Aplikasi IT di Institut Tahfiz
|
|
|

|
|
Aplikasi IT di Institut Tahfiz |
|
|
|
|
Jumaat, 12 Sya'ban 1426 / 16 September 2005 |
Kaherah, 16 September 2005 - Institut Tahfiz Negeri Sembilan maju setapak lagi dalam bidang Teknologi Maklumat apabila serombongan daripada institut tersebut yang diketuai oleh Ustaz Shafie Shaari, Pengetua Institut telah datang ke Mesir dan membeli beberapa perisian komputer keluaran Syarikat Harf dan Turath melalui SQco.
Sebanyak 33 jenis perisian kini dimiliki oleh institut tersebut, antara yang terbesar adalah Al-Maktabah al-Islamiah al-Kubro yang kini dikenali sebagai Jamek Kabir.
Sebelum ini, pada 17 September 2004, institut ini melalui Pengetuanya juga telah membeli sebanyak 31 unit cd Tahfiz Al-Quran 30 Juzuk (Syeikh Khalil Husori), Jamek Feqh Islam (100 Kitab) dan beberapa perisian yang lain melalui SQco juga.
Perisian tersebut adalah untuk digunakan dalam makmal komputer yang terdapat di institut tersebut. Oleh itu , para pelajar dapat mengaplikasikan teknologi maklumat untuk mendalamkan ilmu agama mereka dengan lebih bersistematik.
Menurut Ustaz Shafie, terdapat lebih daripada 30 unit komputer di dalam makmal komputer institut tersebut.
Semoga dengan usaha murni tersebut, para pelajar di Institut Tahfiz Negeri Sembilan tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan dapat menyebarkan Islam melalui kemodenan tersebut. |
|

|
|
|
|
E-Iklan
|
|
|