Laman Utama Kenali SQco
|
|
|

|
|
Selasa, 17 Dzulhijjah 1426 / 17 Januari 2006 |
PENGENALAN
Saqr Quraish Consultant adalah satu perunding teknologi maklumat (IT Consultant) yang diwujudkan pada tahun 2004. Idea penubuhan ini bertitik tolak daripada projek pengedaran cd yang diberikan oleh RDI, sebuah syarikat produk cd Mesir. Kemudian, berkembang kepada pengedaran cd Syarikat Harf dan Turath.
FALSAFAH PEMILIHAN NAMA
Nama
Saqr Quraish dipilih adalah sempena dengan tempat mula beroperasi
konsultasi ini, iaitu di Saqr Quraish, 10th District, Nasr City, Cairo,
Egypt. Namun, pemilihan nama ini bukanlah semata-mata kerana nama
tempat operasi tersebut. Saqr Quraish adalah gelaran yang diberikan
kepada seorang khalifah kerajaan Umawiyah yang membawa tamadun Islam ke
Andalus. Beliau adalah Abdul Rahman al-Dhakhil. Gelaran tersebut telah
diberikan oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, seorang khalifah kerajaan
Abbasiyah, kerana beliau mengkagumi kehebatan, keberanian dan kecekalan
Abdul Rahman al-Dakhil. Justeru, kami telah memilih nama ini agar
konsultasi ini dapat membawa gagasan tamadun Islam mengikuti peredaran
zaman, sebagaimana kejayaan yang pernah dikecapi oleh Saqr Quraish
suatu masa dahulu.
FALSAFAH MOTO
Menghambakan Teknologi Untuk Islam
adalah moto konsultan ini. Ia dipilih kerana SQco adalah sebuah
konsultan yang mengambil berat terhadap bidang Teknologi Komunikasi dan
Maklumat. Konsultan ini ingin memastikan teknologi tersebut mampu
diguna pakai untuk kemaslahatan Islam dan umatnya.
KHIDMAT
- Mengedar produk cd pelbagai syarikat, terutamanya Syarikat Harf, Turath dan RDI.
- Menyediakan perkhidmatan membuat laman web kepada mana-mana pihak yang berminat.
- Pengekodan soalan kaji selidik menggunakan perisian SPSS.
- Menyediakan khidmat nasihat untuk membangunkan perpustakaan elektronik.
- Menterjemah teks-teks Arab ke dalam bahasa Melayu.
- Membuat flash menggunakan Swish.
PENGALAMAN
- Mengadakan pameran khas jualan produk cd sempena pelbagai majlis setiap tahun.
- Memenuhi permintaan Pusat Zakat Selangor untuk membuat laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Anak-anak Selangor di Mesir pada tahun 2004.
- Terlibat dalam pengekodan soalan kaji selidik Profil dan Permasalahan Pelajar Malaysia di Mesir pada 2005.
- Memberi
khidmat nasihat kepada individu dan organisasi seperti Persekutuan
Melayu Republik Arab Mesir untuk membangunkan laman web masing-masing.
- Menterjemah teks-teks Arab berbentuk surat rasmi (Syarikat Khalifa), perisian kanak-kanak (Syarikat RDI dan Harf), E-Learning (Harf), iklan (Harf, Pusat Bahasa Al-Diwan, Khalifa), ceramah (Pusat Bahasa Al-Diwan) dan buku Jihad Ekonomi (Dr. Hussain Syehata) dan buku Perancangan Belajar Bahasa Arab (Pusat Bahasa Al-Diwan).
KEMAHIRAN
- Membangunkan laman web menggunakan sistem CMS (Post Nuke, PHP Nuke, Mambo dan Joomla!) atau menggunakan HTML biasa.
- Mempunyai pengetahuan mengenai perisian-perisian dan aplikasi-aplikasi Islam.
- Menggunakan perisian statistik SPSS.
- Membuat Flash menggunakan perisian Swish.
LAMAN WEB
Laman web ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna yang ingin mendapatkan maklumat mengenai sebarang perkhidmatan dan produk cd yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat sebelum membuat pembelian atau tempahan melalui SQco. Selain itu, laman ini bertujuan untuk memberi kesedaran Islam melalui maklumat pemboikotan dan pelbagai maklumat-maklumat Islam lain melalui pelbagai pautan dan muat turun yang disediakan.
FALSAFAH PEMILIHAN BANNER LAMAN WEB
Gambar tersebut adalah pemandangan Terusan Suez dari posisi tengah, yang terletak di antara dua benua iaitu benua Afrika (Delta Mesir) dan Asia (Semenanjung Sinai). Gambar ini mempunyai simboliknya yang tersendiri dengan Saqr Quraish Consultant. Pemandangan di sebelah kiri gambar ini yang mana telah dimakmurkan di atasnya sebuah masjid, diumpamakan dengan kejayaan Abdul Rahman Al-Dakhil membawa tamadun Islam ke tanah Andalus.
Gambar ini telah berjaya dirakamkan oleh Pengurus Konsultan ini ketika mana beliau mengikuti rombongan WAMY ke Semenanjung Sinai pada 6 November 2005.
|
|

|
|
|
|
E-Iklan
|
|
|