Laman Utama Berita Terkini MKKK Membangunkan Perpustakaan Elektronik
|
|
|

|
|
MKKK Membangunkan Perpustakaan Elektronik |
|
|
|
|
Khamis, 22 Safar 1427 / 23 Mac 2006 |
Kaherah, 22 Mac 2006 - Majlis Kebajikan Keluarga Kedah cuba membangunkan perpustakaan elektronik dengan membeli beberapa perisian penting untuk tujuan itu. Urusan pembelian tersebut telah dilaksanakan oleh Ketua Badan Ilmiah dan Maktabah MKKK, Ustaz Muhammad Firduas bin Hat, di rumah Kedah Hayyu `Asyir hari ini. Ini merupakan antara usaha pertama yang pernah dilakukan oleh badan-badan kebajikan anak-anak negeri di Mesir.
Antara perisian terbesar yang kini dimiliki oleh MKKK ialah Jamek Kabir yang mengandungi 1778 kitab dalam sebuah cakera keras (hard disk), dan Himpunan Feqh Islam (100 kitab), dan pelbagai lagi perisian-perisian lain iaitu :
- Mausuah Hadith Syarif iaitu sebuah ensiklopedia yang mengandungi 9 kitab hadith terkemuka beserta khidmat yang canggih dan pelbagai.
- Haji dan Umrah iaitu sebuah perisian yang mempunyai kemampuan penerangan haji dan umrah secara bergambar dan suara, dan terdapat dalam bahasa Melayu.
- Kaifa Usolli (Bagaimana Aku Sembahyang?) iaitu perisian yang menerangkan cara-cara solat dan segala permasalahan yang berkaitan dengannya mengikut 4 mazhab utama.
- Feqh Mirath, antara perisian yang sangat laris dalam jualan kami kerana ia mengandungi fungsi-fungsi pengiraan harta warisan yang sangat mudah dan cepat walaupun dalam masalah yang sukar, lebih-lebih lagi ia agak sukar untuk dikuasai dengan baik. Di samping itu, perisian ini memiliki pelbagai bahasa pengantar termasuk bahasa Melayu.
- Fatawa Iqtisadiah, satu perisian yang menghimpunkan sejumlah besar fatwa semasa mengenai ekonomi daripada pelbagai institusi.
- Kamus Islam, antara yang terlaris dalam jualan kami, kerana ia memiliki pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu.
- Tarikh Islam dengan khidmat pencarian, salinan dan sebagainya yang menarik.
- Siar A'alam Nubalak yang dikarang oleh Imam Zahabi mengumpulkan biografi-biografi ulama silam yang sangat berguna untuk sebarang kajian.
Usaha ini dilihat seiring dengan kemajuan dunia teknologi pada hari ini. Ia juga memudahkan para pelajar untuk membuat kajian dengan lebih
terperinci, kemas, tepat dan cepat. Semoga usaha murni ini dapat dijadikan
contoh bagi badan-badan kebajikan anak negeri yang lain untuk mengikut
jejak langkahnya.
Di Mesir terdapat 14 buah badan-badan kebajikan anak negeri, yang menjaga kebajikan anak-anak negeri masing-masing. Pelbagai aktiviti dilakukan untuk memberikan pendedahan teknologi maklumat kepada mereka. Rata-rata para pelajar Malaysia yang berada di Mesir seramai lebih kurang lima ribu orang, celik komputer dan teknologi maklumat.
|
|

|
|
|
|
E-Iklan
|
|
|