Syarikat Harf merupakan sebuah syarikat pengeluaran cd multi-nasional. Ia berpusat di Riyadh di alamat P.O Box 64308 Riyadh dan Kaherah di alamat Nasr City, Free Zone, Cairo. Produk syarikat Harf merupakan antara yang berkualiti dengan jaminan 5 tahun diberikan kepada para pelanggan. Syarikat Harf menyediakan jaminan bagi setiap produknya selama 5 tahun bermula dari tarikh pembelian.
Syarat-syarat jaminan yang telah ditetapkan oleh syarikat adalah seperti berikut :
1. Jaminan ini berlaku pada cd yang sudah sedia
mempunyai kecacatan pada pembuatannya, dan bukannya rosak disebabkan
salah penggunaannya atau bertentangan dengan taklimat penggunaan yang
telah ditetapkan oleh Syarikat Harf.
2. Untuk menyempurnakan jaminan, pelanggan hendaklah memulangkan kembali cd yang rosak tersebut.
3. Sekiranya cd tersebut rosak dengan sebab selain daripada
sebab no (1) dan pelanggan memulangkannya kepada syarikat, pelanggan yang memegang
sijil jaminan ini (sahaja) berhak untuk mendapatkan cd yang baru dengan hanya
membayar harga modal cd tersebut dengan pengetahuan daripada syarikat sendiri.
4. Jaminan tidak berlaku sekiranya pelanggan menghadapi masalah
ketiadaan data yang ingin dicari dalam perisian yang dibeli, atau yang seumpama
dengannya.
5. Tempoh jaminan hanya berlaku selama 5 tahun, bermula dari
tarikh pembelian.
6. Jaminan hanya berlaku pada produk syarikat yang asli (bukan
dicetak rompak) yang dibeli daripada syarikat sendiri atau wakil-wakil syarikat
yang berada di seluruh dunia.
7. Pelanggan yang memegang sijil jaminan ini berpeluang untuk
mendapatkan gantian produk versi lama yang dimilikinya dengan produk versi baru
(contoh : cd jamik feqh islam versi 2 boleh diganti dengan cd jamik feqh islam
versi 3), dengan hanya membayar sebanyak 75% daripada harga jualan produk versi
baru tersebut.
8. Para pelanggan bolehlah mendapatkan jaminan yang terhad
ini dengan hanya mengisi borang yang terdapat pada sijil jaminan dan memulangkannya
kepada syarikat melalui :
1. Pos ke alamat syarikat : Harf Information Technology, Nasr
City, Free Zone, Cairo.
2. Emailkan terus ke alamat :
3. Melalui faksimili (Tecnichal Support Section) : +(202)2759261
4. Mengisi e-borang yang disediakan oleh Syarikat Harf dengan
mengklik di sini.