Laman Utama Berita Terkini Perisian Dalam Bahasa Melayu
|
|
|

|
|
Perisian Dalam Bahasa Melayu |
|
|
|
|
Jumaat, 26 Jamadil Akhir 1425 / 13 Ogos 2004 |
|
Syarikat Harf menyediakan kepada pengguna beberapa perisian (cd) yang
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Terdapat 13 buah perisian
yang berkaitan. Perisian-perisian tersebut adalah seperti berikut :
 |
Al-Bayan Merupakan perisian
yang mengandungi hadith-hadith yang telah disepakati oleh Imam
Bukhari dan Muslim. Terdapat lebih daripada 1,700 hadith yang telah diterjemahkan
ke dalam 8 bahasa : Melayu, English, , Francais, Deutsch,
Turkee, Indonesia, Espanol dan Arab. Ia dilengkapi dengan index ayat al-Quran,
hadith dan syair Islam. |
|
 |
Haji dan Umrah
Penerangan mudah bersuara tentang ibadat Haji dan Umrah menggunakan lukisan
animasi, carta penerang dan video berdasarkan empat mazhab diterjemahkan
kepada lima bahasa. Bahasa pengantar : Arab, English, Melayu,
Indonesia dan Turkee. |
|
 |
Pengira Harta Warisan (Feqh Mirath)
Mengira pembahagian harta warisan secara canggih mengikut hukum hakam
Syariat Islam dan undang-undang enam negara, di samping menerangkan semua
takrif dan istilah yang berkaitan dengan tajuk dan masalah-masalah terkenal.
Diterjemah kepada sembilan bahasa. Terdapat khidmat carian dan salinan.
Bahasa pengantar : Arab, English, Melayu, Indonesia, Turki, Francais,
Urdu, Espanol, Deutsch dan Hausa.
|
|
 |
Al-Quran al-Karim (Bacaan Syeikh Minshawi)
Versi 8
Diterjemah kepada lapan bahasa, disertai dengan lapan tafsir yang sempurna
30 juz). Ditambah dengan sebab-sebab penurunan ayat, makna-makna perkataan,
hukum-hukum bacaan, di samping kemampuan carian yang pelbagai. Bahasa
pengantar : Arab, English, Francais, Deutsh, Indonesia, Turkee, Urdu,
Melayu, dan Espanol.
|
|
 |
Tahfiz Al-Quran al-Karim: (30 juzuk) dengan
bacaan Syeikh Husori Versi 3
Cara kreatif untuk menghafal al-Quran. Sesuai untuk semua peringkat umur.
Diterjemah kepada enam bahasa. Mempunyai kemampuan carian yang pelbagai,
pengulangan bacaan, merakam bacaan anda melalui microfon dan membandingkannya
dengan bacaan Syeikh Husori, penerangan hukum tajwid secara interaktif
lagi menarik di samping Tafsir al-Muntakhab dan mengajar cara menyebut
huruf Arab untuk mereka yang tidak bertutur dengannya. Bahasa pengantar
: Arab, English, Francais, Indonesia, Turkee, dan Melayu.
|
|
 |
Kamus Islam Kamus Islam pertama yang mengandungi
lebih 55,000 istilah yang merangkumi semua bidang ilmu dan pengetahuan
Islam seperti : Kamus al-Quran, hadith, feqh, aqidah, sejarah dan sebagainya.
Ia diterjemahkan kepada 4 bahasa : Melayu, English, Francais,
Indonesia. Mengandungi 35,000 lafaz al-Quran serta terjemahan maknanya,
nama-nama Allah, Rasul, syurga, neraka, Hari Kiamat. Ia juga dilengkapi
dengan atlas dunia Islam, video Islam dan gambar-gambar penting dalam
Islam. |
|
 |
Al-Muazzin
Memaparkan waktu-waktu solat untuk lebih daripada 500 buah bandar di dunia
dan menunjukkan arah qiblat untuk kesemua bandar tersebut. Bahasa pengantar
: Arab, English, Melayu, Francais, Deutsch, Turkee dan
Indonesia. |
|
 |
Kisah Nabi Musa a.s.
Memaparkan peristiwa-peristiwa dalam kisah Nabi Musa a.s. dan mukjizat-mukjizat
baginda menggunakan lukisan animasi dan perbualan bersuasa di samping
nasyid dan permainan. Bahasa pengantar : Arab, English, dan Melayu (setiap
bahasa berada dalam cd yang dijual secara berasingan) .
|
|
 |
Kisah Nabi Ibrahim a.s.
Memaparkan peristiwa-peristiwa dalam kisah Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail
a.s., Nabi Ishak a.s. dan Nabi Luth a.s. serta mukjizat-mukjizat mereka,
menggunakan lukisan animasi dan perbualan bersuara, di samping nasyid
dan permainan. Bahasa pengantar : Arab, English, dan Melayu (setiap bahasa
berada dalam cd yang dijual secara berasingan)
|
|
 |
Kisah Yusuf a.s.
Memaparkan peristiwa-peristiwa dalam kisah Nabi Yusuf dan Nabi Ya`akub
a.s. serta mukjizat-mukjizat mereka, menggunakan lukisan animasi dan perbualan
bersuara, di samping nasyid dan permainan. Bahasa pengantar : Arab, English,
dan Melayu (setiap bahasa berada dalam cd yang dijual secara berasingan)
|
|
 |
Kisah Nabi Sulaiman a.s.
Memaparkan peristiwa-peristiwa dalam kisah Nabi Sulaiman a.s. dan Nabi
Daud a.s. serta mukjizat-mukjizat mereka, menggunakan lukisan animasi
dan perbualan bersuara, di samping nasyid dan permainan. Bahasa pengantar
: Arab, English, dan Melayu (setiap bahasa berada dalam cd yang dijual
secara berasingan)
|
|
 |
Kisah Nabi Isa a.s.
Memaparkan peristiwa-peristiwa dalam kisah Nabi Isa a.s., Nabi Zakaria
a.s., Nabi Yahya a.s. dan Maryam a.s. serta mukjizat-mukjizat, menggunakan
lukisan animasi dan perbualan bersuara di samping nasyid dan permainan.
Bahasa pengantar : Arab, English, dan Melayu (setiap bahasa berada dalam
cd yang dijual secara berasingan)
|
|
 |
Rashid di Alam al-Quran
Pengembaraan menarik bersama Rashid, membolehkan anak anda mempelajari
banyak perkara di alam al-Quran, menggunakan lukisan animasi, nasyid dan
permainan, di samping tahfiz juz `Amma bersama Syeikh Husori.Bahasa pengantar
: Arab, English, dan Melayu (setiap bahasa berada dalam cd yang dijual
secara berasingan)
|
|
|

|
|
|
|
E-Iklan
|
|
|