SELAMAT MELAYARI HALAMAN INI. SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT YANG OPTIMUM DARIPADANYA
Kepada
para pengunjung yang berminat untuk memiliki cd-cd perisian komputer
yang islamik seperti mana yang terdapat dalam laman ini, bolehlah membuat pesanan
kepada:
Untuk memastikan perisian yang menggunakan bahasa Arab mampu berfungsi dengan baik, anda perlu menetapkan beberapa aturan dalam perisian Windows anda. Sekiranya tidak, anda berkemungkinan besar akan menghadapi masalah tulisan tidak keluar dengan baik.
Kaherah, 22 Mac 2006 - Majlis Kebajikan Keluarga Kedah cuba membangunkan perpustakaan elektronik dengan membeli beberapa perisian penting untuk tujuan itu. Urusan pembelian tersebut telah dilaksanakan oleh Ketua Badan Ilmiah dan Maktabah MKKK, Ustaz Muhammad Firduas bin Hat, di rumah Kedah Hayyu `Asyir hari ini. Ini merupakan antara usaha pertama yang pernah dilakukan oleh badan-badan kebajikan anak-anak negeri di Mesir.
Kaherah, 16 September 2005 - Institut Tahfiz Negeri Sembilan maju setapak lagi dalam bidang Teknologi Maklumat apabila serombongan daripada institut tersebut yang diketuai oleh Ustaz Shafie Shaari, Pengetua Institut telah datang ke Mesir dan membeli beberapa perisian komputer keluaran Syarikat Harf dan Turath melalui SQco.
Syarikat Harf menyediakan kepada pengguna beberapa perisian (cd) yang
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Terdapat 13 buah perisian
yang berkaitan. Perisian-perisian tersebut adalah seperti berikut :
Syarikat Harf merupakan sebuah syarikat pengeluaran cd multi-nasional. Ia berpusat di Riyadh di alamat P.O Box 64308 Riyadh dan Kaherah di alamat Nasr City, Free Zone, Cairo. Produk syarikat Harf merupakan antara yang berkualiti dengan jaminan 5 tahun diberikan kepada para pelanggan. Syarikat Harf menyediakan jaminan bagi setiap produknya selama 5 tahun bermula dari tarikh pembelian.